BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 17 Ogos 2010

Tip orang cemerlang




"Orang cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri. Berikut ialah tips yang telah dipetik dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah."

Tatacara makan dan minum


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.


Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.


Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.


Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul 8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.


Tatacara di bilik air


Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.


Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar


Tatacara didik anak


Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih “lapang” dan “lega” dan mudah berdegup, yakni perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesatBagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.


Tatacara didik diri sendiri


Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu itu akan mati.


Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif ~ emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Program Universiti Impian vs Jiwa Remaja
















best sangat ikut program ni...komitmen daripada student kat simpang beluru sangat bagus dan tq to all my frend yang joint program ni..byk kenangan di sana yang saya bwk pulang n x dpat dilupakan....

Jumaat, 13 Ogos 2010


bila baca paper ari ni sedih mengingatkan briter tentang pembuangan bayi...pelbagai reaksi yang diterima tentang hukuman kes tersebut..namun, yang paling penting kasihanilah orang yang tidak berdosa!!!
KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah kes buang bayi bagi mengekang gejala tersebut, mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, berkata hukuman itu berupaya mendidik masyarakat, khususnya remaja, agar tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang boleh menyebabkan mereka terlanjur, sekaligus menjurus kepada kes pembuangan bayi.

Beliau berkata, sudah tiba masanya satu tindakan tegas diambil bagi mengekang situasi negatif itu daripada terus menular kerana ia semakin serius dan membimbangkan. "Ada dua jenis jenayah iaitu satu, memang niat membunuh, dan satu lagi, niat cubaan membunuh, dan walaupun ia sekadar cubaan membunuh, perbuatan tersebut sudah dikira membunuh.

“Sebagai contoh, walaupun dia tidak ada niat untuk membunuh, tetapi bila dia buang bayi itu di satu tempat dan tiada orang jumpa, mungkin bayi tersebut akan mati dan ini sudah kira 'bunuh', jadi saya rasa amat wajar hukuman ini dilaksanakan," katanya. Beliau mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang membawa hukuman gantung. Kelmarin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian buang bayi masih berleluasa, walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menanganinya. Turut menyuarakan pandangan sama ialah Timbalan Presiden Majlis Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Muhamad Burok, yang berpendapat hukuman itu dapat mengurangkan kes pembuangan bayi, namun perlu dilaksanakan dengan berhati-hati. "Apabila hukuman ini dilaksanakan, yang pertama, kita kena berhati-hati kerana kita tahu ia berat...jadi bila kes berat, beban pembuktianpun berat dan mesti ada siasatan serta bukti yang secukupnya. "Contohnya, kita kena pastikan sama ada individu itu buang bayi atau mayat, kerana selalunya kes adalah mereka yang lepas lahirkan bayi, ia mati...dan tidak tahu hendak buat apa, (jadi) mereka buangkan mayat itu...dan kalau begini, individu itu tidak boleh dikenakan hukuman mati," katanya.
Bagaimanapun, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berpendapat hukuman itu perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan. Katanya, hukuman mati bukanlah jaminan yang dapat mengurangkan atau mengekang situasi negatif itu daripada terus merebak. "Saya menyambut baik keputusan Kabinet mengenai hukuman berat ini, namun saya tidak nampak hukuman ini dapat menghapuskan kejadian pembuangan bayi kerana hukuman bagi penjenayah dadahpun berat juga, tapi orang tetap masih banyak terbabit dengan benda haram itu," katanya. Beliau berkata, adalah lebih baik jika langkah pencegahan dan hukuman dilakukan seiring kerana tindakan awal berupaya mengelak remaja daripada terbabit dengan gejala tersebut. Katanya, beberapa tindakan awal seperti penapisan kandungan Internet, pemantauan berterusan di rumah urut serta pengawalan penjualan kondom di kawasan terbuka perlu diberi perhatian serius kerana ia mampu menyumbang kepada aktiviti seks bebas. "Mungkin tidak hapuskan semua...tetapi mungkin akan dapat membendung senario ini daripada terus berleluasa," katanya. - BERNAMA

Khamis, 12 Ogos 2010

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

c/o:
Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
Tuk nanti tiba akhiratku

Back to *, c/o

Berapa nikmat yang telah Kau beri
Berapa yang telah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu

Back to c/o







Selasa, 10 Ogos 2010

my life at upsi...
















love my family...

Tanpa mereka saya tidak tahu siapakah saya hari ini, begitu juga dengan guru-guru semua. Kerana jasa mereka saya dapat kenal siapa saya hari ini. Saya sentiasa berdoa agar orang yang saya sayang sentiasa mendapat keberkatan dari-nya. Jasa mereka saya tidak akan lupakan. Love you all...